Pembaca Molek

Monday, 23 May 2011

Cegah bau badan

Rexona cukup terkenal sebagai jenama produk cegah bau badan. Ia juga membawa berbagai-bagai varian. Ada jenis roll-on, ada jenis semburan dan ada juga deodarant stick. Jika kulit bawah lengan anda amat sensitif, gunakan jenis semburan kerana ia tidak digosok secara terus pada kulit.
Sanex adalah jenama yang sangat bagus. Ia bertindak secara semulajadi dengan menyediakan PH kulit yang baik untuk kesihatan anda. Ia tidak mengganggu kelenjar peluh. Dengan menggunakan Sanex anda tetap berpeluh namun pada kadar yang amat minimal dan tidak berbau.Ia tidak mengganggu fungsi perkumuhan anda lantas membantu anda untuk kekal sihat.

Apakah petua mencegah badan berbau? Jawapannya ada pada tawas. Tawas ialah sejenis kristal jernih. Jika ingin menggunakannya, gosokkan ketulan tawas pada bawah lengan anda selepas mandi. Ia akan dapat mencegah peluh dan bau badan. Ia juga amat menjimatkan kerana anda boleh mendapatkan tawas dengan harga yang cukup murah dari kedai runcit. Kapur sireh juga boleh berfungsi mencegah bau badan secara tradisional. Ambil sedikit kapur sirih, campurkan dengan air dan gosok pada bawah lengan untuk mencegah bau badan. Jangan gunakan secara berlebihan kerana kapur sirih agak 'panas' dan boleh melecetkan kulit yang sensitif.

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment