Pembaca Molek

Sunday, 22 May 2011

Pencuci muka berubat

Saya pernah menggunakan produk ini dahulu dan sangat berpuas hati. Ia cuma ada di farmasi tertentu sahaja di ibukota. 10 tahun dahulu harganya sekitar RM27 dan untuk pek dalam botol di atas cukup untuk kegunaan lebih 2 bulan. Bagi poket belanjawan seorang pelajar ketika itu, ia cukup berbaloi.

Pencuci muka ini jenis berubat (medicated) dari jenama Blackmores. Ia diimport dari Australia. Kandungan aktifnya mengandungi 'tea tree oil' (minyak pokok teh) yang cukup bagus merawat jerawat dan kulit berminyak. Malah, gatal-gatal pada kulit wajah juga mampu diatasinya.

Seiring dengan masa, saya tidak lagi mengalami masalah akne, jerawat mahupun kulit berminyak. Saya berhenti menggunakan pencuci muka tersebut. Lagipun ia sukar didapati di pasaran. Namun saya sering mengingati pencuci muka ini dan jika ditanya tentang pencuci muka terbaik, saya akan 'mengundi' produk ini. I'd vote it as the best skincare.

Namun baru-baru ini sewaktu mencari produk ini semula saya dimaklumkan ia telah dihentikan di pasaran (discontinued). Rasa hampa menguasai diri. Sebenarnya, bukan senang menemui pencuci muka yang sesuai dan berkesan. Kini, saya lebih tega menggunakan pencuci dan krim yang dicadangkan pakar dermatologi. Tanpa pewangi. Tanpa label. Namun cukup berkesan dan memberi hasil terbaik.


No comments:

Post a Comment