Pembaca Molek

Friday, 3 June 2011

Amalkan khasiat ulam

Ulam, iaitu sayuran mentah yang dimakan segar begitu banyak khasiatnya. Ulam juga adakalanya dipanggil sebagai 'sayur kampung'. Ada berbagai-bagai jenis ulam antaranya pegaga, ulam raja, petai, daun tenggek burung dan pucuk gajus. Pucuk paku dan pucuk ubi juga termasuk dalam kumpulan ulam namun ia lebih sedap dicelur atau dimasak gulai daripada memakannya secara mentah. Khasiat ulam juga amat diakui dari segi perubatan tradisional.

Kajian menunjukkan dengan memakan ulam boleh meremajakan dan merangsang awet muda. Ini kerana ulam-ulaman juga berfungsi sebagai anti oksida yang menentang radikal bebas daripada merosakkan sel tubuh. Ulam yang bersifat pahit juga dikatakan membantu mengurangkan risiko darah tinggi dan kencing manis. Ulam juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan membantu dalam proses melawaskan pembuangan air besar dan air kecil.

Amalkan memakan ulam sebagai hidangan sampingan anda. Jika takut dengan rasanya yang pedar dan pahit, gandingkan dengan pencicah untuk membuka selera. Antara pencicah yang sedap dimakan dengan ulam ialah sambal belacan, budu dan cencaluk. Ulam juga amat sesuai dijadikan kerabu seperti kerabu kacang botol, kerabu pucuk paku dsb. Silalah berkenalan dengan ulam-ulaman yang dilampirkan di sini :-

Kacang botol

pegaga

tenggek burung
ulam raja
pucuk gajus

Jadikan ulam sebagai salah-satu hidangan dalam menu harian anda.

No comments:

Post a Comment