Pembaca Molek

Tuesday, 14 June 2011

Tentang mawar

  • Mawar adalah bunga yang paling universal dan paling diraikan di seluruh dunia. Meskipun bunga mawar mempunyai aneka spesis dan warna, namun mawar merah adalah bunga yang paling diminati dan amat sinonim dengan simbol kecantikan dan percintaan. Mungkin kerana warnanya yang menyerlah galak dan baunya yang harum, maka bunga mawar merah (red roses) sering dipilih sebagai penyeri utama bagi menghiasi majlis, pelaminan, taman bunga dan jambangan segar. 
  • Mawar sebagai simbol raikan cinta - Lelaki memikat wanita melalui jambangan mawar. Ia sering dikaitkan sebagai lambang cinta sejati. Malah, keharuman dan kecantikan kelopak-kelopak mawar merah juga menjadi lambang cinta suci.
  • Mawar sebagai bahan kecantikan - air yang disuling dari bunga mawar dijadikan penyegar selepas mencuci wajah. Minyak dari bunga mawar yang diekstrak dijadikan asas utama dalam pembuatan minyak wangi. Pernah dengar petua kecantikan dengan memakan kelopak mawar? Ya, kelopak mawar yang dihadam setiap hari dapat membangkitkan aura seri wajah kepada pengamalnya. Mandian mawar juga banyak diamalkan di spa-spa kecantikan kerana boleh menghilangkan stress, mewangikan dan menyuntik aura cantik kepada wanita
 

No comments:

Post a Comment