Pembaca Molek

Tuesday 14 June 2011

Wanita dan kerjaya pilihan

  1. Pastikan kerjaya pilihan anda ialah yang bersesuaian dengan fitrah wanita. Fitrah wanita bersifat lemah-lembut, pandai mendidik dan mempunyai nurturing instict. Guru, jururawat dan pakar motivasi adalah contoh kerjaya pilihan yang baik. Jauhi kerjaya tidak tentu masa atau memerlukan anda keluar meninggalkan keluarga (selalu out-station). Jika boleh, hindari site job (kerja lapangan) yang memerlukan anda melawat tapak pembinaan. Ia mengkehendaki fizikal tahan lasak disamping terdedah kepada bahaya. Kerja pada waktu malam hingga menjelang pagi amat tidak digalakkan kerana anda perlu meninggalkan anak-anak pada waktu itu dengan pihak lain.
  2. Kerjaya yang mengangkat martabat wanita - Terdapat bidang-bidang kerjaya kritikal yang memerlukan khidmat wanita kepada wanita. Pakar perbidanan dan sakit puan, contohnya. Saintis, ahli perniagaan, pengusaha industri kecil dan sederhana, penggubal undang-undang; Semua kerjaya ini memerlukan wanita yang boleh dijadikan ikon dan dicontohi kejayaannya oleh wanita lain. Jika boleh, jauhi karier yang bersifat mengeksploitasi wanita seperti model, pelakon, pelayan, gadis litar dsb.(Sekadar menyebut contoh)
  3. Boss di pejabat, isteri di rumah - Anda boleh jadi seorang pengarah, ketua jabatan, ahli badan profesional atau ahli korporat. Tinggalkan title anda di pejabat kerana apabila di rumah, sehebat mana pun jawatan anda yang menjadi ketua adalah suami. Jangan mengambil alih peranan suami kerana beliau adalah tunggak keluarga. Walaupun anda berjawatan dan berpendapatan besar, anda masih berhak terhadap nafkah dan suami patut memberikan anda pakaian, makanan dan perlindungan. Jangan ketepikan (waiver) hak anda ini sewenang-wenangnya dan jangan melanggar fitrah. Suami adalah pemimpin keluarga, melindung dan mencari rezeki untuk anda, bukan anda pula yang menjadi sebaliknya.

No comments:

Post a Comment