Pembaca Molek

Sunday 8 May 2011

Menjaga mahkota wanita

Pelbagai produk syampu dan perapi menjengah di pasaran. Ada produk antarabangsa dan ada produk ciptaan tempatan sendiri. Membawa bermacam-macam nama dan gaya. Semuanya mendakwa boleh menyelesaikan apa juga masalah yang melanda mahkota yang satu ini, iaitu Rambut.

Namun percayalah, yang asli juga akan menawan hati. Produk-produk ciptaan luar negara membawa pakej yang stylish dengan haruman semerbak tapi adakah secocok dengan kita? Tepuk dada tanya selera. Produk yang didambakan mungkin penuh bahan ujikaji kimia dan sintetik, akibatnya mahkota rambut gugur dan kekeringan.

Jika sedang mencari-cari produk rawatan rambut terbaik, jengah kaunter-kaunter jualan produk tradisional dan Pasaraya Mydin untuk tinjau nan satu ini :-

Minyak penyubur rambut Cocomin Oil keluaran Rosty. Kandungannya bersifat alami gabungan minyak kelapa, buah keras dll. Juga ada syampu untuk gabungan serasi. Pesanan yang dilampirkan dalam risalah produk ini - jauhi makanan ditambah MSG, kelak akar rambut akan reput dan rambut mudah gugur.

 Jika perawatan rambut menggunakan produk semulajadi, aksesori rambut juga harus yang semulajadi. Gunakan sikat kayu, untuk hasil terbaik.

No comments:

Post a Comment