Pembaca Molek

Sunday 29 May 2011

Petunjuk caesarean (Guide to caesarean)


Kebanyakan wanita mengimpikan dapat bersalin secara normal namun ada juga yang terpaksa menjalani kaedah caesarean. Jika anda terpaksa melaluinya, jangan bersedih. Sebuah majalah berbahasa Inggeris yang saya baca memberi satu nasihat berguna. "It never makes you less a woman"

Ada pelbagai sebab mengapa perlu menjalani caesarean, antaranya :-
  1.  Fetal distress - bayi lemas dalam kandungan. Pembedahan segera wajib dilakukan demi menyelamatkan kedua-dua nyawa bayi dan ibu
  2.  Head not engaged - Adakalanya ibu mempunyai ruang rongga pelvik yang kecil dan sempit sehinggakan bayi tidak dapat turun ke bawah secara kelahiran biasa. Caesarean merupakan pilihan yang tepat untuk memastikan kelahiran bayi secara selamat.
  3.  Risiko lain seperti ibu mengidap asthma atau sakit jantung menjadikan mereka tidak cukup tenaga dan kekuatan untuk berjuang nasib bersalin normal.
Apa yang boleh anda jangkakan apabila doktor menasihati anda untuk menjalani pembedahan caesarean?
  • Bertenang. Anda akan lebih mudah menghadapinya kerana telah bersedia secara psikologi
  • Beri kerjasama. Anda akan dikehendaki menandatangi borang memberikan persetujuan untuk dibedah
  • Anda juga perlu menandatangani borang menandakan anda setuju untuk dibius. Pakar bius akan memberi anda dos secukupnya di bahagian saraf tulang belakang supaya anda berasa kebas (numb) separuh badan dan membolehkan prosedur pembedahan dijalankan.
  • Pembedahan bermula. Bertenang dan jangan berasa ngeri. Alihkan fokus anda contohnya dengan membayangkan anda bakal bertemu dengan bayi comel anda sebentar lagi.
  • Percaya atau tidak, pembedahan caesarean tempohnya sekejap sahaja. Doktor akan menarik keluar bayi selepas abdomen anda dibuka. Sebenarnya, tempoh anda dijahit semula (stiched up) agak memakan masa dan memerlukan anda bersabar.
  • Tempoh abdomen dijahit semula mungkin terlalu lama menjadikan anda sedikit lenguh dan tidak selesa. Ambil peluang untuk berzikir atau bertafakur. Tidak berapa lama selepas itu, anda boleh menarik nafas lega kerana prosedur pembedahan telah berakhir dengan selamat.
Bersikap positif akan banyak membantu anda menjalani kaedah caesarean dengan sebaik-baiknya. Fikirkan kebaikannya dan anda akan pulih dengan lebih cepat selepas pembedahan. Caesarean membantu anda menjalani kelahiran dengan lebih singkat. Selepas pembedahan, anda tidak kehilangan banyak tenaga maka anda boleh fokus kepada kelahiran bayi. Organ dalaman juga tidak trauma kerana tidak mengalami 'forced nature' (gesaan meneran). Yang penting, jalanilah tempoh pantang anda dengan sebaik-baiknya dan selepas itu, anda akan kembali sihat dan cergas kembali.

No comments:

Post a Comment