Pembaca Molek

Thursday 19 May 2011

2 tahun tanpa demam

Black seed - jintan hitam - atau Habbatussawda, semuanya merujuk kepada yang sama. Biji-bijian hitam di atas besar manfaatnya. Saya sendiri pernah berpeluang mengamalkan produk Habbatussawda dalam bentuk kapsul. Bekalan yang diberikan kepada saya cukup untuk menampung keperluan selama 2 tahun. Selama itu lah, saya gigih menelan kapsul Habbatussawda ini sebanyak 2 biji sehari setiap pagi dan malam.

Waktu itu saya di tahun-tahun akhir pengajian di universiti. Saya merasakan fikiran lebih fokus dan memori lebih tajam. Graf pembelajaran saya meningkat sepanjang tempoh mengambil Habbatussawda ini. Tubuh badan juga tidak mudah berasa letih. Dan yang lebih menakjubkan, 2 tahun penuh disiplin mengamalkan Habbatussawda itu, saya tidak pernah diserang demam. Tidak pernah!

Habbatussawda bukanlah sejenis pil ubat-ubatan. Ia adalah herba alternatif jika anda ingin menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu. Ia mempromosikan kesihatan secara menyeluruh (promotes the general health of well-being). Jika saya tidak terkhilaf, Nabi pernah bersabda Habbatussawda boleh merawat semua penyakit kecuali maut. Maka, tetapkanlah dengan Habbatussawda. Untuk diri saya dengan pengalaman sendiri, ia cukup mengesankan. Mana tahu ia juga menjanjikan kesihatan yang lebih baik untuk anda.

No comments:

Post a Comment