Pembaca Molek

Wednesday 25 May 2011

Persediaan mengandung

Jika anda amat menitik beratkan penjagaan kesihatan selama ini, gandakan lagi usaha anda jika sedang menempuh kehamilan. Tidak salah untuk bersikap 'health conscious'.

Amalkan pengambilan asid folik. Pakar kesihatan mencadangkan pengambilan asid folik dengan kadar seawal 3 bulan dari tarikh perancangan mengandung. Asid folik penting untuk pertumbuhan sel yang baik pada janin anda.


Anda juga perlu mendapat khasiat vitamin secukupnya dengan mengambil kapsul vitamin khas untuk keperluan ibu mengandung. Jika di hospital atau klinik kesihatan kerajaan, anda akan dibekalkan dengan pil vitamin B kompleks dan iron tablet (zat besi). Anda perlu disiplinkan pengambilan dan jangan culas mengambil vitamin-vitamin ini.

Jangan lupakan vitamin C kerana ia penting untuk penyerapan zat besi secara optimum. Tanpa khasiat vitamin C, pil zat besi yang anda ambil tidak dapat diserap sepenuhnya ke dalam tubuh. Zat besi penting kerana jika kekurangannya anda akan mudah diserang anemia (kurang darah) dan mengakibatkan mual, letih, lesu dan pening sepanjang kehamilan.

Minum susu secara kerap kerana susu mempunyai khasiat kalsium. Janin memerlukan kalsium untuk pertumbuhan yang baik pada tulangnya.


Banyakkan makan buah-buahan untuk memastikan  sistem percernaan berfungsi dengan baik.

Elakkan jangkitan kuman. Bawa sebotol kecil hand sanitizer dan kerap sterilkan tangan anda untuk mengelakkan jangkitan melalui sentuhan.

Jangan mengambil ubat-ubatan yang tidak perlu. Dapatkan nasihat doktor jika ingin mengambil ubat sampingan,  walaupun hanya sebutir panadol. Kita tidak tahu sejauh mana ubat-ubatan itu memberikan kesan kepada pertumbuhan janin. Jaga kesihatan anda sebaik mungkin. Bertenang dan laluilah saat-saat manis sepanjang tempoh kehamilan. Bersikap positif dan InsyaAllah, kelahiran yang indah bakal anda tempuhi apabila sampai masanya nanti.

No comments:

Post a Comment